Assalamualaikum..
syukur kerana aku masih lagi berkesempatan mengucapkan selamat hari jururawat kepada semua jururawat..kesibukan yang aku lalui membataskan masa aku utk menaip ucapan ni pada tarikhnya.walaupun hari tersebut disambut pada 12 Mei setiap tahun,mungkin ramai diantara jururawat begitu kecewa dgn sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling kita seolah-olah tidak menyedari betapa hebatnya pengorbanan seorang jururawat sehingga ia menjadi salah satu hari-hari terpenting dalam sejarah dunia..jika anda lebih mengiktiraf doktor dan menganggap mereka penting dalam hidup anda tetapi pernahkah anda mendengar sambutan hari doktor sedunia?bukankah sambutan-sambutan yang sememangnya diiktiraf di seluruh dunia itu menandakan betapa berharganya seseorang itu dalam hidup anda?misalnya sambutan hari guru,hari ibu,hari bapa,hari tentera,hari polis..bukankah mereka-mereka ini merupakan orang-orang terpenting dalam hidup kita?
..............................................................
tapi mengapa kerjaya kami dipandang sepi oleh masyarakat sekeliling?sedangkan kami bekerja tidak kira masa samada cuti am atau sebaliknya.kami tidak menerima apa-apa bayaran ekstra bekerja disaat org lain bersama keluarga ketika cuti am mahupun menerima sebarang elaun keje malam atau elaun kerja lebih masa seperti apa yang selama ini sering difikirkan oleh masyarakat luar.adakah kerana kami bermain dengan najis dan benda kotor maka kami sememangnya layak dilayan seperti hamba masyarakat..cuba anda bayangkan sekiranya kami tiada dalam hidup anda..anda fikir adakah saudara terdekat anda mampu menjaga anda sebagaimana kami jaga anda..ada yang berkata,jika tak sanggup jadi jururawat,berhenti je..tapi sedarkah anda jika kami semua jururawat berhenti, adakah anda semua sanggup memikul tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh kami?jururawat lambat sikit pun anda dah bising kata apa servis tak bagus..tanya mana lagi jururawat lain dan pertikaikan takkan sorang je keje nak melayan pesakit seramai berpuluh orang..
saya berani JAMIN...dan keadaan ni byk berlaku dalam masyarakat hari ni...85% anak-anak kini berjaya dapat gaji yang besar atau berada dalam posisi agak selesa dalam kerjaya dan hidup senang..tapi tahukah anda berapa ramai yang sanggup ambil cuti pjg untuk jaga org tua mereka ketika sakit?mungkin tidak sampai 15% pun..belum lagi dikira yang datang tgk mak ayah tapi mcm melawat kawan.bila mak ayah ckp dah berak,cepat-cepat panggil nurse utk tukar pampers.anak terus keluar duduk jauh-jauh.takut berbau katanya.sedih kan??dalam skop kerjaya kami tidak pernah menyatakan cuci berak dan tukar pampers adalah kerja kami,tapi memandangkan ia termasuk dalam membantu pesakit dalam menjalani hidup seharian maka kami menganggap itu adalah sebahagian tugas kami,tapi alangkah bagusnya jika kita selaku anak mengotorkan sikit tangan kita sebagaimana ibubapa kita mengotorkan tangan mereka untuk mencuci berak kita ketika kita kecil?bukankah lebih afdal jika kita sendiri cuci berak org tua kita..sekurang2nya aurat dan maruah ibubapa kita masih lagi terjaga dan saya yakin anda semua tahu apakah tanggungjawab seorang anak..ia lebih besar dari tugas kami seorang jururawat.sedih aku bila tgk ibubapa dihantar ke rumah orang tua apabila dibenarkan keluar dari spital dan seolah-olah perkara biasa bagi anak-anak zaman sekarang.
tidakkah kita terfikir sekiranya zaman sekarang pun orang tua dilayan mcm tu..cuba bygkan ketika zaman kita tua nanti?tidak mustahil anak-anak akan berharap org tua mati cepat memandangkan kos hidup pun semakin meningkat...nak hantar rumah orang tua pun berbayar..anak-anak semakin sibuk dan sememangnya jururawat akan menjadi org terpenting dalam hidup anda saat itu.kalau tidak masakan ada yang sanggup membayar hingga rm100 sejam untuk servis jururawat peribadi.mungkin anda terfikir bagus sgt ke jururawat ni sampai dapat bayaran mahal mcm tu?klu anda nak tahu,anda ceburilah sendiri bidang ni dan anda akan lebih memahami kerjaya ni.
............................................................................
takpun,cuba anda layan karenah keluarga anda yang sakit.kalau anda rasa anda tak sanggup jaga seorang dan mengeluh,anda bayangkanlah kami yang jaga berpuluh orang dgn berpuluh karenah.anda mungkin pernah rasa sakit hati dengan perangai jururawat kat spital,itu baru anda jumpa sorg dua manusia yg perangai mcm tu kat satu-satu hospital,tapi kami dah jumpa berpuluh or mungkin dah beribu orang pesakit serta terpaksa bersabar melayan pelbagai jenis karenah dan perangai dari pesakit dan waris...faham-faham jelah bila orang sakit ni..mereka lebih sensitif berbanding kita yang sihat.kami terpaksa jadi robot kat spital,dimarah,ditengking,disuruh itu dan ini.kami dah biasa,kami akan buat seperti robot walaupun terpaksa meminta maaf biarpun bukan kesalahan kami.bukankah mendiamkan diri tu lebih baik dari mencetuskan suasana yang lebih keruh?biarlah hati kami terluka yang penting bukan hati pesakit kami yang terluka.pesakit datang untuk merawat luka,bukan datang untuk menambah lagi luka mereka yang sedia ada..
kepada semua rakan-rakan jururawat, lakukan tugas anda dgn ikhlas dan kerana Allah..biarpun jarang yang menghargai pengorbanan anda di dunia tetapi percayalah masih ada yang perihatin..InsyaAllah, mudah-mudahan kita akan dapat penghargaan yang lebih baik diakhirat kelak..AMIN.
p/s : sedih bila diberitahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa tiada langsung peruntukan disediakan untuk sambutan hari jururawat.selama ni aku sangkakan hadiah bunga,pen yang kami terima adalah sumbangan pihak hospital,rupa-rupanya semuanya dari tajaan nursing college atau duit poket pengurusan kejururawatan sendiri.igtkan kat spital aku je.rupa-rupanya seluruh malaysia..