Translate

Rabu, 30 Januari 2013

SaYangi nyaWa aNda..

hai..assalamualaikum..

sebenarnya aku ni nak naip semalam..tapi oleh kerana kepenatan yg tahap serius n aku sampai umah pun dah dekat kul 11 malam sbb sibuk (ikutkan abis keje kul 9,tapi suma yg keje shift ptg baik shift pg suma pun balik lambat semalam sbb bz) n arini aku keje pagi,maka aku buat keputusan nak naip arini..tapi sebenarnya aku tak tahu nak cite yang mana satu dulu sebab terlalu byk cite yg best yg aku nak kongsi dalam 2 hari ni..

...................................................................

KES 1

Aku ada sorg pesakit diabetis yg mmg dah potong kaki sampai bawah lutut atau dlm bahasa medical kita panggil BKA (below knee amputation)..oleh kerana luka selepas bedah tu teruk,bernanah (salah satu sbb luka dia tak cantik ialah dia mkn makanan dari luar hospital n secara tak langsung menyebabkan luka dia jd sgt teruk) dan keadaan kesihatan dia yg lain pun semakin teruk disebabkan luka tu  maka doctor nasihatkan dia utk buat satu lagi pembedahan utk potong lagi kaki dia yg dah amputate tu kepada above knee amputation (AKA),tetapi pesakit itu telah membuat keputusan untuk tidak mahu membuat pembedahan lagi.alasan sbb sayang kaki..(mana lebih syg?kaki or nyawa?)
Dlm tempoh 3 hari je aku tgk keadaan dia semakin tenat dgn pakai oksigen segala bagai..

KES 2

Seorang pesakit yg baru dimasukkan dari kecemasan selepas discaj atas risiko sendiri (AOR) dari sebuah hospital private kerana dia menolak sebarang rawatan atau pembedahan untuk kakinya yg bernanah dan teruk (cuma nak buat dressing je semata2 utk sembuh).masuk wad aku pun sama..

alasan utama ialah kerana sakit apabila nak masukkan jarum (branula) atau nak ambil darah..(mana lebih sakit?kematian or masuk jarum?).sekarang ni dia pun aku tgk dah makin teruk..senang cite dua2 pesakit ni aku yakin akan mati kat wad aku klu lagi lambat dorg buat keputusan.

...............................................................

pada aku, mmg lumrah kita manusia biasa takkan boleh terima kenyataan yg kita akan kehilangan kaki atau anggota badan yg lain dan cacat sedangkan suatu ketika dulu kita dilahirkan sebagai manusia yg cukup sempurna sifatnya.tapi fikirkanla dalam2..berbaloi ke kita simpan anggota badan kita tapi nyawa kita tiada?sudahkah kita bersedia menghadapi saat2 kematian?kematian tu mmg dah ditakdirkan oleh Allah,tapi kita sebagai manusia jgnlah berserah pada kematian tanpa sebarang usaha..

bkn semua pembedahan tu akan berjaya dan bkn semua pembedahan tu akan gagal..tapi sekurang2nya kita dah berusaha..yg lain hanya Allah yg mampu tentukan.Setiap kejadian yg terjadi tu ada hikmahnya..jgnlah salahkan mana2 pihak sekiranya gagal setelah kita berusaha..yakinlah setiap ujian tu mungkin untuk nak kurangkan dosa2 kita pada masa lalu dan setiap kematian itu perlu ada penyebabnya..jgn igt hidup anda akan berakhir sekiranya anda tiada kaki or tangan..kita masih ada kaki palsu untuk membantu kita dalam aktiviti harian.

P/S : Sayangilah nyawa anda selagi anda hidup..




Tiada ulasan: