assalamualaikum..
memandangkan aku kelas ofis hour minggu ni,so aku dapatla cuti sabtu ahad mcm org opis hour gak..aku rasa penat betul klu keje opis hour ni..bkn penat sbb kerja..tapi penat sebab takde kerja..ikutkan bkn aku tak biasa..mcm aku keje pagi la..balik pun selalu mcm tu gak..dalam pukul 5 lebih..tapi penat bz dgn kerja ni tak sama dgn pnat takde kerja..
lepas semua berkumpul kat kelas, kami dibahagikan pada 2 kumpulan..1 posting kat wad, 1 posting kat hemodialisis. aku lak ditempatkan kat hemodialisis..bila masuk je aku ngan bebudak lain blurr..tak tau nak buat apa kat tempat org..sakit kaki aku ni berdiri sana sini tanpa tujuan..lepas ketua jururawat sana bg orientasi, baru kami start merayau2 tinjau2 tempat tu..biasalah nak mahirkan diri dgn suasana tempat tu cz start next week kami dah akan start bekerja shift..
aku rasa aku ni mcm byk sgt tak tau benda2 basic..tapi aku mmg tak malu nak ngaku yg mmg aku tak tau apa pun benda2 org barang2 yg dorg sebutkan tu sbb aku bukannya dari bidang dialisis or wad renal mcm kwn2 aku yg lain..aku dari orthopedic (wad tulang belulang)..so mmg aku kena kerja keras skitla nak tahu n kenal byk benda kat tempat tu biasa pakai..senior kat yg ngajar aku pun terkejut n tanya aku knp amik renal course sbb beza sgt dgn ortho coz klu kita ada basic dlm bidang yg kita nak amik tu lagi mudah untuk kita study..jawapan aku simple je..sbb tak minat ortho department (wah setelah lebih 5 thn kerja baru aku rasa tak minat ke?huhuhu)..
.......................................................................................................
sebenarnya bkn aku tak minat..tapi bila aku fikir balik sebenarnya aku tak sanggup kerja kat wad ortho tu sampai pencen..once aku dah ada post basic in ortho means aku mmg kena kerja ikut bidang post basic aku..cuba korg bayangkan klu aku ni dah umur 50 thn tapi still kerja kat wad ortho dgn nak tolak2 katil n nak angkat2 org..aku rasa aku tak sanggup dah coz di usia mcm tu tak mustahil aku dah ada mcm2 penyakit..sakit lututla..n yang paling aku risau..nyanyuk..abisla patient aku nnt..aku takut aku terlupa bagi ubat patient ke..terbagi ubat salah patient ke..tertukar patient ke..tak ke haru mcm tu..tambah2 aku cukup tak sokong tindakan kerajaan mencadangkan pencen sampai umur 60thn..bidang klinikal mcm aku ni mmg tak sesuai sama sekali..ofis pun sama..aku rasa diusia mcm tu, kebanyakan dari mereka tak lagi produktif dlm kerja..(bukan semua ye,tapi kebanyakan)..hasilnya, anak2 muda gak yg terpaksa cover kerja mereka nnt..tapi dari segi pendidikan aku rasa masih boleh diterima sbb pengalamn dorg tu dlm mengajar sgt2 kita perlukan agar dapat mendidik bangsa kita lebih baik...tak ada yg tua,maka tak ada la yg muda kan...
...........................................................................................
wah dah mcm ahli politik la aku ni..k aku sambung balik cite aku posting tadi...masa aku posting kat hemodialisis tu aku ikutla sorg senior tu ke wad CCU (Coronary Care Unit) utk pasangkan mesin dialisis.sampai je aku tgk bermacam2 mesin kat patient tu n patient tu unconsious..bila tgk blood pressure dia low, aku dgn senior tu rasa mcm was2 nak sambungkan mesin dialisis tu.maklumlah klu blood presssure terlalu rendah mmg bahaya klu nak buat dialisis melainkan mmg base line dia mmg jenis rendah..lepas confirm dgn staff nurse incharge,staff nurse tu kata mmg base line blood pressure dia rendah..tapi aku dgn senior tu still rasa was2 lagi sbb aku dgn dia berpendapat tak sesuai nak start dialisis dgn blood pressure mcm tu..
utk kepastian, senior aku tu pun call doctor sama ada nak proceed ke tak..lepas call doctor suruh proceed.dengan berat hati senior aku tu pun pergi dekat patient utk prepare mesin dialisis. sambil tu kami borak2 sbb still rasa berat hati nak buat dialisis kat patient tu..sambil kami prepare set utk dressing catheter utk hemodialisis, tetiba aku tgk staff nurse yg incharge dgn 2 3 org lagi staff yg lain berlari masuk ke bilik dengan menolak mesin troli kecemasan.
staff yg incharge melompat atas katil pesakit n terus tekan dada pesakit tu (CPR) di lakukan dgn cepat.sementara yg lain call doctor n prepare mcm2 ubat utk emergency..defib (yg mcm kejutan letrik tu) dilakukan pada pesakit tu..kami yg duk dlm bilik tu cepat2 tolak mesin dialisis yg besar tu keluar bagi laluan kat staff incharge utk manage patient tu..belum sempat doktor dtg aku tgk semua pun dah keluar dari bilik tu dgn muka lega n penat.nasib baik mereka cepat bertindak.klu tak comfirm patient tu dah meninggal..dan nasib baik sgt2 hemodialisis tu tak dimulakan lagi.klu tak mmg tak mustahil keadaan pesakit lagi teruk..
ni la mesin yg aku tolak semalam.pjg lagi ke bawah.tapi aku jumpa gambar separuh je. |
bila tgk keadaan pesakit mcm tu, kami pun buat keputusan utk tak teruskan dengan hemodialisis pesakit tu.aku pun tolak balik mesin besar tu ke wad hemodialisis n terus balik ke rumah.maklumlah masa tu dah dekat 5.30 ptg..
p/s : syoknya kerja dekat kritical area ni..tak jaga ramai patient n semestinya sgt2 mencabar sbb mental dan emosi kita kena sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yg pesakit akan hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan