Translate

Jumaat, 4 Julai 2014

Misi..Kesian dia misi...

"hi untie...ptg td mkn apa?", aku konon2 beramah mesra dengan patient masa keje mlm aritu..sebenarnya aku nak check tekanan darah untuk time shif aku,saje je borak2 dgn patient cz itu mmg habit aku..sebab tu sampai sekarang ada je yg tegur aku kat tgh2 jln dlm spital ni..maklumlah..pesakit aku mungkin beribu kot..ssh aku nak igt suma muka2 dorg ni..tp aku mcm biasa la..orang tegur,aku jawab...pastu termenung..eh!aku knl ke org tu..???hehehe..erm,abaikan la.melencong pulak cite aku ni kang..hahaha

"aiya..misi,tadak mkn la..tak sedap,suma pun tawar!"

"yeke..biasa la mkanan hospital untie,u ada kencing manis,darah tggi,mana boleh mkn byk sedap..,meh sini u punya tangan,saya mau check BP (blood pressure)."

masa tu dalam pukul 10 mlm la..dah siap check BP,aku pun bagi ubat..pukul 12MN aku pun duduk tulis report patient..tiba2..'TINGTONGGGG..TINGTONGG' bunyi bell patient tekan panggil aku..

"knp untie tekan loceng?"

"saya mau kincing la misi"

"ok,jap saya ambil bekas kencing"

.......................................................................................................

"dah siap misi"

"ok..."

"trima kasih misi"

"yea untie,u tido la ye..kejap lg i nak check BP u lagi sekali"

"ok..eh!misiiii..knp itu orang duduk saja dari td dekat sana?"sambil tgn tunjuk dekat sinki yg mengadap nurses counter...

"mana untie?"

"tuuuuuuu...kat sana..dia tgk saja dari td kat situ.."

aku punnnn.".ALAMAKKK!!".sah la ni benda itu..tapi takkan aku nak ckp kat untie tu aku tak nampak kan..kang suma patient berderet nak tidur kat sebelah kaunter kami..cukup2 la yg ada kat kaunter tu pun dah ramai patient yang kami letak..(selalunya patient yg meracau,aggresive or nyanyuk mmg kami tarik katil dia letak kat sebelah kaunter kami mlm2..senang nak pantau..then pagi esoknya letak balik kat tempat asal dorg)

aku pun terpaksa la buat drama swasta..pandang muka untie sambil senyum n sentuh bahu dia..

"oh..yang itu ye untie(padahal aku pun tak nampak..hehe)..dia mmg macam tu..suka merayau malam2..puas dah kami suruh dia duduk kat katil dia.tapi dia taknak..biarla dia..nanti2 dia penat dia tido la tu..'

'oooo..yaka..patutla saya tgk dia jalan-jalan pusing sini banyak2 kali..lepas tu duduk dekat sinki sana..banyak lama oo dia berdiri..kesian dia misi..u kasi angkat kerusi la kasi sama dia..manyak kesian saya tgk..'

errkkk..nak kena bg kerusi la pulakkk...

"ok untie..u tido dulu..nnt saya kasi dia kerusi ye.."

"ok misi.."

aku pun jln la cepat2 masa lalu ikut sinki tu..meremang rasa bulu roma ni..tapi buat tak tahu je walaupun hati berdebar2 mcm nak pecah jantung ni...hahahaha..
sampai nurses kaunter,aku cite kat kawan..dia pun cakap...

"patutla dari td patient aku meracau ckp ada org tgk dia..2 yang aku tarik dia kedepan.aku pun pelik n rasa meremang gak..tapi ah!lantakla..kita nak buat keje.."

aku termenung jap,then ermmmmm..

"a,ah..biar jela kan..jgn kacau kita buat keje dah la kan.."

.....................................................................................

kami sambung buat keje cam biasa...sok pagi rupanya kecoh ramai patient yg nmpak 'benda' tu mlm tu sebenarnya..suma duk pakat tanya kami sape patient yg tak tido mlm tadi duk merayau,kesian dorg tgk..

kami???

GULPP..mampu telan air liur jelaaa, urut dada nasib baik kami tak nampak..phewwww...masing2 pandang n senyum je..hehehe..

Tiada ulasan: