Translate

Jumaat, 6 Disember 2013

hari-hari terakhir berkerja di wad

salam..huh!sudah berbulan aku tak menaip apa-apa pun kat sini.mesti korg tertanya-tanya kan apa yg aku buat dlm tempoh ni sampai tak sempat nak taip apa..
sebenarnya aku sgt2 rindu nak menaip..tapi punca utama kejadian taip menaip ni tak dapat aku lakukan sbbnya ialah..line ternet kat tempat aku giat diganggu oleh pembangunan yg giat dijalankan kat area umah aku ni..panas hati betul..aku bagi sedekah free je kat YES ni tiap2 bln..tp takleh nak pakai...

itu sbb utama la..yg keduanya, aku sibuk menguruskan perpindahan taska aku ke tempat baru...yang ketiga,aku sibuk gak menguruskan urusan umah ketiga aku yg dah 85% dah nak siap tp sengaja ditangguh2 oleh tukang umah tu.bila ckp nak upah indon,baru dtg cepat2 buat keje..dah lari plan aku nak buat homestay start bln 11 baru2 ni..rugi2..

dan yang paling aku sibuk sekarang ialah jumpa pihak atasan ckp taknak pindah ke unit dialisis seperti yang diarahkan oleh mereka sblm ni..dan part yang paling best skali ialah..aku BERJAYA...YES!!!.tapi berjaya utk tidak masuk ke unit dialisis je...apa pun aku tetap kena kuar..ke mana??erm...ke Klinik Nefro...kuang..kuang..kuang...

next week bermula la karier aku selaku staff yg bekerja waktu pejabat....adoi hai..tak syok langsung..kwn2 aku ramai ckp..untungla dapat gi klinik...(aritu ckp untungla dapat gi dialisis unit)..ramai yg request waktu pejabat tp tak dapat..aku terfikir..abis tu yg dapat keje shift ni rugi la suma ek...pada pandangan aku org opis hour ni yg rugi sebenarnya...masa abis kat tempat keje je..urusan luar klu nak buat,terpaksa amik cuti thn..pastu klu public holiday jatuh pada hari sabtu,kira burn dah...tak mcm org keje shif..urusan luar boleh mintak off day kita,public holiday lantak la jatuh hari apa pun,tetap dapat claim hari lain.nak bercuti,boleh gi hari yg tak bz dgn org..silap2 dapat diskaun lg sbb org tak ramai hari2 biasa.

aku risau sbnrnya..tempat baru tu lg la tak pakai byk skil..communication skil je kot yg byk pakai..adoi..pnat aku blaja tetiba duk kat tempat mcm tu lak..tp bila pikir-pikir balik bagus gak dapat tempat relaks mcm tu..rezeki namanya..setiap tempat kan ada cabaran n pengalaman yang berbeza...aku rasa byk benda baru yg aku boleh explore kat situ..mungkin ada sesuatu yg menarik kat sana yg aku tak tahu n korg jgn risau..aku pasti akan cerita kat sini..

k la...sampai sini je kot..nnt aku cite lain ek..sakit perut lak.bye..salam..

Jumaat, 25 Oktober 2013

kaSiHaniLah PEsakit..

Salam..

harini aku nak kongsikan 1 cerita yg mmg pada aku sgt2 lah tak patut berlaku..

hari tu aku kerja dgn salah sorg senior aku yg baru je abis pos basik lebih kurang beza 3 bulan kot dgn aku..tp aku tak tau la ntah knp sejak dia balik pos basik aku perhatikan perangainya byk betul yg berubah..dulu aku hanya dgr ckp org tp memandangkan aku lum lagi masuk kerja aku rasa perkara tu takla teruk sgt kot..biasalah org dah berilmu kan..mestilah byk knowledge baru yg dibawa..tp insiden yang baru berlaku baru2 ni buat aku terpaku..Ya Allah knp sampai tahap mcm ni berubah perangainya..

kebetulan wad aku agak lengang untuk beberapa minggu ni...tapi masa kejadian,side yg aku incharge still penuh dgn pesakit..so,aku agak sibuk berbanding dia yg sememangnya jaga 3 org pesakit masa tu..
nak dijadikan cerita sorg pesakit dia, ada luka kat blkg disebabkn dia tak bergerak kat rumah n tulang dia mcm timbul..so bila tak gerak,luka la kat situ..

kami kesian,letakla sejenis ubat yg mahal n bagus then dia bole thn seminggu paling kurg,then baru cuci..lg lama biar,lg bagus sbnrnya..cuma proses penyembuhan dia tu klu org biasa tgk dia takkan tahu..mereka akan sangka nanah or something bad happen inside the wound.tp utk jnis ubat tu,utk tempoh hari ke 3-4 selalunya dia mcm berair tu normal..tp biasalah kan..pesakit dan waris takkan tahu klu kita tak bgtau itu salah satu proses normal dlm penyembuhan..

waris pesakit tu mengadu,tp aku tak pasti la dia jelaskan situasi tu normal or tak..dijadikan cerita waris tu bila tgk kwn aku ni takde respon bila dia bgtau pasal wound tu mula la buat inspection sendiri..buka wound then cuci dgn dettol..apa lg kwn aku yg jaga dia terus bisingla kata klu tak confident dgn treatment kami, knp tak manage kat umah sendiri..waris tu minta maap then mengharapkan kwn aku tu cuci smula wound tu n letak balik ubat yg kami letak sblm ni..dia tak tahu katanya..tp kwn aku tu sampai sudah tak cuci..mmg kesian patient tu aku rs..sbb waris,dia jd mangsa.

pada aku mmg silap waris tu pegi buka wound tu..tp kita selaku org yg keje bidang ni spatutnya explain dgn jelas kat waris tu,then bila dorg faham,dorg takkan pandai2 amik kptsn..kasihanilah pesakit..jgn krn kita ikut emosi marah kita,pesakit kita terabai..apa2 kita akan disoal akhirat kelak..aku dgn kwn2 lain dah tgur dia walaupun dia lg lama keje dr aku..so,aku tgk dia ckp dgn waris akan cuci lambat skit..
bila aku dah sibuk,aku pun malas nak amik tahu..rupa2nya esok aku dpt tahu dia tak cuci pun..Ya Allah..kesiannya pesakit tu..andaikata dia parents kita..mcm mana?apa perasaan kita..sedih kan..

kita pun akan tua satu hari nnt..jgn igt kita muda,kita takkan sakit..jgn kerana sikap dia seorg,kami yg berempat yg lain yg keje skali dgn dia pun dapat nama buruk walhal yg lain pun sgt2 sedih dgn tindakan dia..tp apa yg kami boleh lakukan?pesakit tu bukan bawah jagaan kami dan kami pun sibuk layan pesakit jagaan kami..tak sempat pun nak tgk pesakit org lain..klu kami tak sibuk,mungkin kami pejamkan mata tlg auntie tu..tp kami pun balik lmbat smata2 nak bg treatmen yg terbaik utk pesakit jagaan sendiri..

aku cuma harap dia sedar yg tindakannya salah..mungkin dia terlepas aritu krn waris tu tak mengadu..tp jgn igt dia akan lepas kat akhirat nnt..wallahualam..hrp2 lepaslah..Ameen..

p/s: wah!!!pjgnya entry aku kali ni..huhu



Sabtu, 19 Oktober 2013

TeMpat Baru, Unit BAru..

hari ni aku dapat tahu nama aku naik utk ditukarkan ke tempat baru sesuai dgn pos basik yg aku ada...uuuwaaaa.

.

oh!lupa..sampai tak sempat nak bg salam...isk!isk!Assalamualaikum suma..

..................................................................................

erm,aku tak suka sbnrny..knp?sbb kerja aku pasni lebih byk berinteraksi dgn mesin banding dgn manusia..
kwn2 aku ckp "untungla ko sbb dapat tempat keje yg senang..bkn senang nak dapat kat situ..lgpun ramai yg mintak nak transfer ke situ terutamanya yg ada pos basik mcm ko tp still dlm waiting list"..penuh kekdahnya..

mmg tak dinafikan ada ramai yg menunggu nak masuk kat situ.kwn yg aku blaja skali aritu pun ada kata nak keje kt situ bila abis blaja.tp ntahla..aku tak minat la keje dgn mesin ni..aku rasa kepala otak aku ni tak berkembang biak langsung nnt..tolak katil pun tak sampai 100 meter kot.tolak mesin je yg dekat 500meter.

hebat ke keje tempat mcm tu?suma kata best..keje relaks..dgn student yg posting pun sentiasa ramai..walaupun aku ni tak la rajin sgt nak keje kat tempat sibuk..tp memandangkan aku dah biasa keje sibuk,agaknya aku mengantuk nnt klu keje tempat mcm tu..dah la ada oncall..tak minat la aku.baik keje mlm dr oncall tu.dari dapat duit byk pun tp kepuasan aku kerja tak ada nak buat apa..

aku ckp dgn laki aku..dia kata,takpe..gi je keje dulu.klu bosan minta tukar balik.klu la boleh..uwaaa..
aku ni baru nak gembira keje kat wad aku sekarang..maklumlah staff dah bertambah sebab ada budak baru.(tp bg kami yg dah lama keje ni takde beza pun cz bkn leh tukar roster dgn bdk baru,kna sama2 senior)..walaupun demikian..chewah..ayat skema lak aku..aku bersyukur gak cz dgn adanya mereka ni ringan skit beban aku keje.

mula2 aku stress gak cz bdk2 ni asik serbu duk tanya aku itu ini sedangkan ramai lg senior lain sampai last2 aku yg balik lambat sbb keje aku slalu tertangguh smata-mata nak ajar bebudak ni..sabor jela..mungkin sbb style aku ngajar n marah pun selamba..tu yg dorg tak takut tu...lgpun klu aku tegur aku akan jumpa personally.takla tegur depan pesakit..nnt jatuhla stendet dia kan..cth situasi:-

aku : eh! awak..mai sini..sy nak mrh awk arini..
junior : yeke..knp kak...nak mrh kna bgtau ye..
aku : yela...ni ha..sape suruh tak buat ni..ni..ni..nnt kena kat org next shif lak..
junior : oh..sori2..sy terlupa..
aku : apa??terlupaaa..takde2..pasni jgn lupa buat benda ni..biaaaseee ye..babap karang baru tau!!!
junior : haha..akak ni..
aku : oit!akak ckp betul ni..nnt sok puan dtg akak yg kna jwb apsal tak ajar korg benda2 ni..tak pasal2 akak dapat surat sbb korg.
junior :.hehe..yela2..jap lg sy buat..
aku : erm..bagus..pasni leh minta jd pekerja contoh..(sambil tepuk bahu dia)
junior : hahahahaaha (berlalu sambil buat keje balik)
aku : ish2..budak2 ni...(sambil geleng kepala)

p/s : nasib mkn saman budak ni..dia buatla gak walaupun lambat...pada aku nak tgur kna ada caranya..walaupun kita tegas n straight ms keje,tp klu kna gayanya org akan dgr ckp kita tanpa terasa hati ke apa..barulah keje kita akan seronok kan...

erm..aku tgh susah hati ni sbnrnya nak pindah tempat baru yg aku langsung takde kaitan kna mengena ni..uwaaaa




Jumaat, 18 Oktober 2013

ELAuN Kritikal..

Assalamualaikum..

wah..lama aku tak menaip kat blog ni..maklumlah pas abis pos basik ritu terus keje dan keje tanpa henti..
mesti korg terpikir..teruk sgt ke aku keje ni sampai tak benti-benti kan..jwpn aku..agak teruk sbb aku kan dah tggal 6 bln keje.so byk pekeliling baru yg pelik lagi aneh yg kuar yg terpaksa kami jururawat ikut..

walaupun pelik n aneh,tp bila dipikir-pikir masih ada relevannya pekeliling yang dikuarkan tu...
sebenarnya aku td sibuk duk godek2 ternet ni..terbuka la satu isu pasal elaun kritikal jururawat ni.
ramai kakitangan gred u29 yang lain merungut pasal isu ni..so untuk nak menjelaskan knp elaun ini hanya diberikan kepada jawatan-jawatan tertentu aje,tak payahla aku beria nak terangkan coz nnt ada lak yg tak berpuas hati.so better aku senaraikan aje kriteria-kriteria mengikut JPA untuk dapat elaun ni..jadi klu korg rasa korg layak dapat,apa kata korg hantar memorandum kt pihak yg berkenaan kot2 ada rezeki korg nnt.manalah tau kan...rezeki mmg dari Allah,tp kita sebagai manusia kena usaha..klu dapat,Alhamdulillah kan..tp kna igt,elaun ni bkn kekal ye..anytime pun boleh ditarik balik bila dirasakan perlu.

................................................................................................

Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan kepada 4 kriteria yang telah ditetapkan iaitu:
(a)        peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara;
(b)        kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan;
(c)        kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan
(d)        keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.


Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hendaklah diberhentikan kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti berikut:
(a)        bayaran diberhentikan mengikut tempoh cuti bagi pegawai yang mengambil:


(i)         cuti tanpa gaji;
(ii)        cuti belajar tanpa gaji;
(iii)       cuti separuh gaji;
(iv)       cuti belajar separuh gaji;
(v)        cuti belajar bergaji penuh kerana berkursus melebihi tiga (3) bulan;
(vi)       cuti rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut;
(vii)      cuti haji yang melebihi 28 hari berturut-turut;
(viii)     cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut;
(ix)       cuti bersalin;


(b)        bayaran diberhentikan bagi tempoh pemangkuan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memangku jawatan Gred Utama/ Gred Khas.


Sumber : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007
JPA(BPO)(S)256/21/3-2 Klt.24(6) bertarikh 20 Mei 2008


Ahad, 18 Ogos 2013

AttITUde ChanGES EveryThing..

hai dear...

mcm pelik je tajuk tu kan?so itula yg akan aku kongsikan untuk hari ni..
klu kita jumpa org yg perangai bermasalah yg lebih kurang sama je n apabila kita tanya dulu study kat mana then dia jawab sekian,sekian,sekian...ofkos kita akan kata..ooo patutla..product situ rupanya..knp?sebab attitude tu boleh mengubah tanggapan org pada kita sebenarnya..

bygkan klu ada 30 org dari tempat yg sama,then hanya 4 org je yg tak bermasalah..bkn ke kita akan buat kesimpulan yg mengatakan sebenarnya product dari sesuatu institusi tu bermasalah?ye..mmg bkn semua buat masalah yg sama..tp bila melibatkan isu disiplin,apa yg bole kita andaikan?

so,klu kita taknak nama baik institusi kita terjejas..tolong buktikan kepada masyarakat sekeliling yg kamu bkn seperti yg kami andaikan..ubahla sikap kamu agar kami tidak terus memandang serong kepada institusi kamu.

ini tidak,bila ditegur terasa walaupun bkn ditujukan pada diri mereka..tapi sikap tak pernah berubah..sama je.pelik sungguh aku org mcm ni..mmg institusi tak salah..tp pelajarnya yg bersalah.krn sikap dorgla sbnrnya yg buat org pandang serong pada sesebuah intitusi tu..so,please buang sikap anda sekiranya tidak mahu org terus pandang serong pd institusi anda...



Rabu, 14 Ogos 2013

Bulan Terakhir Bergelar Pelajar

salam

sedar tak sedar rupanya bln ni merupakan bulan terakhir aku bergelar pelajar...sememangnya pengalaman aku dlm bidang yg jauh berbeza dari bidang hakiki aku adalah sgt menyeronokkan..walaupun agak sukar aku untuk membiasakan diri,tapi alhamdulillah aku telah buktikan aku mampu lalui semua tu..

oh..baru aku teringat..mungkin ada yg tertanya2 result aku masa mid dulu kan..yelah masa nak exam cerita,tapi time result senyap je....hehe..papepun aku bersyukur lulus exam tu walaupun takla dapat result terbaik..

start pada hari ni,aku akan mula menyibukkan diri..sebabnya aku akan ada exam setiap minggu sampai la ujung bulan ni..Insyaallah bulan depan aku akan kembali bekerja di wad lama aku..pasti banyak cerita yg menarik bila aku mula kerja kat sana nnt..

papepun doakan aku berjaya dlm segala bidang yang aku ceburi..Insyaallah dengan ilmu pengetahuan yang aku ada,aku akan beri jagarawatan yg terbaik untuk pesakit2 aku...mudah2an mereka akan sembuh sepenuhnya..Ameen.




p/s : tak sabar rasanya nak abis blaja ni..

Selasa, 13 Ogos 2013

salam Aidilfitri...

Assalamualaikum..

rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan salam Aidilfitri buat semua..aku minta maaf andai ada menyakiti hati mana2 pihak secara sedar atau tidak sedar..

ada yang merungut, tahun ni raya tak best la..dapat duit bantuan pun rm500 je..ada juga yg merungut..alahai sikitnya cuti dapat, tak puas nak beraya..tapi sedarkah anda jika kita fikir-fikirkan masih ramai lagi yg sbnrnya lebih malang dari kita..dah la beraya di spital, duit bantuan pun tak dapat..lagi kena bayar ubat segala bagai..lagi teruk,ada yang mati di malam raya..setakat kita tak dapat beli baju raya sampai 3 pasang tu apa lah sgt kan...setakat kita dapat cuti raya 5 hari tu pun kira ok gak kan..masih dikira dapat beraya..betul tak?jangan sedih2 okay...smoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur..

so,sempena hari yg mulia ini,marilah kita sama2 panjatkan doa dan kesyukuran kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari raya pada tahun ini..mudah-mudahan kita masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya pada masa akan dtg..Ameen.



p/s : mintak maap zahir batin..


Ahad, 28 Julai 2013

Al Fatihah...

assalamualaikum..

aku baru je dengar berita ni dari kawan aku td..perginya sorg pesakit yg amat femes dgn perangai dia kat wad yg aku posting ni..suka mencarut,maki hamun,dan sentiasa nak cepat..

tak sangka baru je minggu lepas aku tgk dia n renung badan dia lama2..bkn niat aku nak burukkan dia tp sekadar berkongsi apa yg aku rasa. ntah knp aku rasa sedih sgt..aku tenung lagi lama2..masa tu aku mandikan dia n tolong dia pakai baju.

dia ada sejenis penyakit kulit yg aku tak tahulah nak ckp mcm mana..kulit dia jadi mcm lumpur kering yg melekat kat badan..katil takyah cerita la..mmg kotor sentiasa walaupun tukar..kulit2 dia tu mmg gatal agaknya sbb slalu tgk dia terjerit2 kata gatal. then,bila dia garu mula la luruh kulit2 tu..

tak ramai yg nak dekat dgn dia sbb penyakit dia tu bjangkit. jururwat lain n kawan2 aku pun ada ramai yg kna gatal2 masa mandikan dia kat tandas..walaupun dah pakai protection tetap kena gak..merah2 dah tangan dorg..

...............................................................................................

minggu lepas turn aku lak yg jaga dia..seminggu aku duk melayan dia..bawa gi mandi,pakaikan baju..letak ubat kat badan dia..ntah knp masa aku sapu ubat tu hati aku terlintas bnda buruk..aku tgk kulit dia then aku kata dlm hati..ini klu mati,seksanya nak mandikan..mesti org yg mandikan tu terkejut tgk kulit dia..dah la mcm lumpur kering,pastu kat telinga merekah mcm tanah lumpur kering yg tandus air...

aku pun sapu ubat kat seluruh badan dia dgn harapan kulit dia tu akan btambah baik..takla aib sgt klu mati kan..pastu sapu kat kepala dia..dia jerit marah2 aku..aku pun marah dia balik..bila aku bg reason knp aku letak ubat tu dia diam..sejak tu dia lebih dgr ckp aku.aku pun tak sampai hati tgk dia mcm tu..dah la dibuang kuarga..harta dah kena amik semua..

..................................................................................................

memandangkan aku posting n tak incharge mana2 pesakit,so takla aku sibuk..mampu la aku nak melayan karenah dia..bancuhkan dia air teh..bagi makanan n ikut karenah dia tanpa byk soal..bila dgr brita dia meninggal tiba2 aku rasa mcm kehilangan..terasa lg pelukan dia yg kuat pada badan aku setiap kali aku tlg dia bangun..terasa lagi tgn dia yg penuh dgn kudis tu pegang lengan aku tanpa sebarang lapik.rasa kasar yg amat..mula2 aku rasa geli,tapi bila aku fikir balik klu aku geli mcm mana aku nak tolong dia bgn..so,aku biarkan je dia pegang tangan aku tanpa sebarang perasaan takut gatal...apa yg aku fikir..tgn aku bkn tak boleh basuh pun nnt..dan aku rasa aku yg paling kerap dgn dia.Alhamdulillah aku tak dapat sikit pun jangkitan dari dia walaupun badan aku ni dah byk kali tersentuh dgn dia.

bila tahu brita ni..aku sedih sgt..tak smpat aku nak tgk dia isnin ni..tapi aku tak pernah menyesal sbb aku dah buat yang terbaik utk dia di saat2 ujung hidup dia..mudah2an beliau ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amin.

Sabtu, 1 Jun 2013

bila JURUrawaT diBeri RASuah..

salam..

tajuk ni macam pelikkan?ada ke org nak rasuah jururawat ni..hehehe.erm,sbnrnya aku rindu nak kerja kat wad aku...tiba-tiba terkenangkan isu rasuah ni..tersenyum aku bila igt balik..

ini antara pengalaman aku yg aku igt sampai sekarang..aku tak tahu la popo(nenek) tu idup lagi ke tak..rasanya masa dia msuk ke wad aku umur dia dah dekat 70..sbnrnya bagi pengamatan aku,kaum cina ni ramai yg hidup sampai 80-90thn..mungkin ramai yg tak percaya,tapi itula yg aku nampak kat wad aku ni sepanjang aku bekerja dan yg sememangnya ramai popo2 lingkungan usia tu yg masuk..klu setakat umo 50an tu diorang ni tak ubah mcm org ujung 30an or awal 40an..masih sihat dan cergas.

oklah kita balik semula pada isu rasuah ni..peristiwa ni jadi kalau tak silap aku 2 thn lepas..masa tu aku mmg ditugaskan utk jaga popo tu..sedang aku sibuk2 buat kerja tiba2 aku tgk tgn popo tu menguit2 panggil aku..aku pun pergi la tanya..

aku : popo, knp panggil saya?
popo : sini la misi..saya mau ckp sesuatu (nada dia separuh berbisik)

cepat2 aku dekatkan diri aku dgn dia...tiba2 dia seluk kocek baju aku sambil berbisik..

popo : ini wang saya kasi sama lu,lu diam2 kasi saya keluar dari sini..

cepat2 aku selut kocek tgk duit rm10..cepat2 aku amik,simpan balik dalam beg duit kat drawer dia..

popo : apa pasai lu talak angkat itu wang?
aku : popo,kalau popo nak keluar,tak payah kasi saya wang.saya boleh ckp sama yeesang (doktor).nnt dia kasi popo surat untuk balik atas risiko sendiri..tak payah bagi saya wang..
popo : ooo..itu macam ka?
aku : yela..

adoi la..igt spital ni apa?senang2 nak rasuah org..takde maknanya nak amik rasuah sbb utk dtg ke hospital ni bkn kami yg paksa..tapi klu keadaan tak mengizinkan mmg susah doktor nak bg keluar..sbbnya walaupun kami tak pernah suruh org dtg hospital, pastinya yg dtg tu perlukan bantuan, kami wajib tolong sampai dia sihat..tapi takde paksaan utk terus tinggal kat spital,klu nasihat doktor sudah taknak dgr dan datang spital dia pulak yg mengajar kami dan doktor,susahla..mmg lebih baik balik atas risiko sendiri..dan pastinya tekaan aku tepat..70% daripada mereka tu pasti akan dtg balik dgn keadaan yg lebih teruk.inilah yg byk berlaku..


Ahad, 26 Mei 2013

hanya 2 minggu lagi..

salam..

sedar tak sedar dah hampir 3 bulan rupanya aku posting dekat hemodialisis unit ni..tinggal 2 minggu lagi sebelum aku akan ditugaskan utk posting ke wad..

dalam tempoh ni dah byk perkara yang aku blaja.aku pun dah agak mahir menggunakan segala mesin yang ada..dah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis..namun segalanya amat aku hargai kerana tanpa kenangan pahit dan manis tersebut aku takkan mampu belajar dgn baik.

dalam tempoh 3 bln ni, walaupun aku tidak banyak melayan pesakit seperti di wad namun masih ada juga perkara yang tidak dijangka berlaku..contohnya pesakit collapse dgn tiba-tiba,berpura-pura tidak sedar bila dipanggil tapi terus bangun bila kata nak intubate..mungkin dia tahu prosedur tu menyakitkan..hehe.

dimarah oleh waris dan staff senior adalah perkara biasa..adatlah bila kita pergi tempat org kan..tambah2 macam aku ni lagi la..langsung zero tentang mesin-mesin ni..tapi tak dinafikan ramai gak yang baik dikalangan mereka.

aku tak sabar nak habiskan kursus ni..terasa mcm buruh kasar pun ada gak..maklumlah setiap hari keluar umah pukul 6 pagi balik pukul 7 petang..cuti hanya setiap hari ahad...tak dibenarkan sakit dalam tempoh 6 bulan ni..cuti blaja hanya dapat 5 hari je.kalau sakit amik mc, tolak la cuti blaja tu..abistu mcm mana aku nak simpan cuti utk raya???hari exam pun kena posting dulu.then waktu exam baru dapat pelepasan keluar utk jawab exam.nasib la dapat ketua tempat aku posting yang bertimbangrasa..dia bagi keluar 2 jam awal utk study..tapi aku mmg malas nak study.baik aku rehat...aku jawab jelah yg mana aku tahu yg aku dgr dalam kelas..



harap-harap lulusla exam tu..passing mark 60%..kalau tak lulus kena repeat..tapi ramai yang kata kalau exam mid ni failed adalah perkara biasa..mmg jarang dgr dorg lulus..kalau student ada 25 org.maybe 2 org je yg lulus...sebabnya soklan dia standart doktor MO punya level..sebabnya yang buat soklan tu mmg prof..
selalunya bila repeat baru ramai yg pass..tapi aku harap aku tergolong dalam yg pass exam kali ni walaupun mata aku ni buntang tgk soklan dia..gila lah..dah mcm doktor punya soklan..poning den....

ok la..aku nak sambung kemas umah ni..tadi stop jap sbb penat..bye2..



Sabtu, 18 Mei 2013

HAPpy BElateD nuRses DAy..

Assalamualaikum..


syukur kerana aku masih lagi berkesempatan mengucapkan selamat hari jururawat kepada semua jururawat..kesibukan yang aku lalui membataskan masa aku utk menaip ucapan ni pada tarikhnya.walaupun hari tersebut disambut pada 12 Mei setiap tahun,mungkin ramai diantara jururawat begitu kecewa dgn sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling kita seolah-olah tidak menyedari betapa hebatnya pengorbanan seorang jururawat sehingga ia menjadi salah satu hari-hari terpenting dalam sejarah dunia..jika anda lebih mengiktiraf doktor dan menganggap mereka penting dalam hidup anda tetapi pernahkah anda mendengar sambutan hari doktor sedunia?bukankah sambutan-sambutan yang sememangnya diiktiraf di seluruh dunia itu menandakan betapa berharganya seseorang itu dalam hidup anda?misalnya sambutan hari guru,hari ibu,hari bapa,hari tentera,hari polis..bukankah mereka-mereka ini merupakan orang-orang terpenting dalam hidup kita?



..............................................................

tapi mengapa kerjaya kami dipandang sepi oleh masyarakat sekeliling?sedangkan kami bekerja tidak kira masa samada cuti am atau sebaliknya.kami tidak menerima apa-apa bayaran ekstra bekerja disaat org lain bersama keluarga ketika cuti am mahupun menerima sebarang elaun keje malam atau elaun kerja lebih masa seperti apa yang selama ini sering difikirkan oleh masyarakat luar.adakah kerana kami bermain dengan najis dan benda kotor maka kami sememangnya layak dilayan seperti hamba masyarakat..cuba anda bayangkan sekiranya kami tiada dalam hidup anda..anda fikir adakah saudara terdekat anda mampu menjaga anda sebagaimana kami jaga anda..ada yang berkata,jika tak sanggup jadi jururawat,berhenti je..tapi sedarkah anda jika kami semua jururawat berhenti, adakah anda semua sanggup memikul tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh kami?jururawat lambat sikit pun anda dah bising kata apa servis tak bagus..tanya mana lagi jururawat lain dan pertikaikan takkan sorang je keje nak melayan pesakit seramai berpuluh orang..



saya berani JAMIN...dan keadaan ni byk berlaku dalam masyarakat hari ni...85% anak-anak kini berjaya dapat gaji yang besar atau berada dalam posisi agak selesa dalam kerjaya dan hidup senang..tapi tahukah anda berapa ramai yang sanggup ambil cuti pjg untuk jaga org tua mereka ketika sakit?mungkin tidak sampai 15% pun..belum lagi dikira yang datang tgk mak ayah tapi mcm melawat kawan.bila mak ayah ckp dah berak,cepat-cepat panggil nurse utk tukar pampers.anak terus keluar duduk jauh-jauh.takut berbau katanya.sedih kan??dalam skop kerjaya kami tidak pernah menyatakan cuci berak dan tukar pampers adalah kerja kami,tapi memandangkan ia termasuk dalam membantu pesakit dalam menjalani hidup seharian maka kami menganggap itu adalah sebahagian tugas kami,tapi alangkah bagusnya jika kita selaku anak mengotorkan sikit tangan kita sebagaimana ibubapa kita mengotorkan tangan mereka untuk mencuci berak kita ketika kita kecil?bukankah lebih afdal jika kita sendiri cuci berak org tua kita..sekurang2nya aurat dan maruah ibubapa kita masih lagi terjaga dan saya yakin anda semua tahu apakah tanggungjawab seorang anak..ia lebih besar dari tugas kami seorang jururawat.sedih aku bila tgk ibubapa dihantar ke rumah orang tua apabila dibenarkan keluar dari spital dan seolah-olah perkara biasa bagi anak-anak zaman sekarang.

tidakkah kita terfikir sekiranya zaman sekarang pun orang tua dilayan mcm tu..cuba bygkan ketika zaman kita tua nanti?tidak mustahil anak-anak akan berharap org tua mati cepat memandangkan kos hidup pun semakin meningkat...nak hantar rumah orang tua pun berbayar..anak-anak semakin sibuk dan sememangnya jururawat akan menjadi org terpenting dalam hidup anda saat itu.kalau tidak masakan ada yang sanggup membayar hingga rm100 sejam untuk servis jururawat peribadi.mungkin anda terfikir bagus sgt ke jururawat ni sampai dapat bayaran mahal mcm tu?klu anda nak tahu,anda ceburilah sendiri bidang ni dan anda akan lebih memahami kerjaya ni.




............................................................................

takpun,cuba anda layan karenah keluarga anda yang sakit.kalau anda rasa anda tak sanggup jaga seorang dan mengeluh,anda bayangkanlah kami yang jaga berpuluh orang dgn berpuluh karenah.anda mungkin pernah rasa sakit hati dengan perangai jururawat kat spital,itu baru anda jumpa sorg dua manusia yg perangai mcm tu kat satu-satu hospital,tapi kami dah jumpa berpuluh or mungkin dah beribu orang pesakit serta terpaksa bersabar melayan pelbagai jenis karenah dan perangai dari pesakit dan waris...faham-faham jelah bila orang sakit ni..mereka lebih sensitif berbanding kita yang sihat.kami terpaksa jadi robot kat spital,dimarah,ditengking,disuruh itu dan ini.kami dah biasa,kami akan buat seperti robot walaupun terpaksa meminta maaf biarpun bukan kesalahan kami.bukankah mendiamkan diri tu lebih baik dari mencetuskan suasana yang lebih keruh?biarlah hati kami terluka yang penting bukan hati pesakit kami yang terluka.pesakit datang untuk merawat luka,bukan datang untuk menambah lagi luka mereka yang sedia ada..


kepada semua rakan-rakan jururawat, lakukan tugas anda dgn ikhlas dan kerana Allah..biarpun jarang yang menghargai pengorbanan anda di dunia tetapi percayalah masih ada yang perihatin..InsyaAllah, mudah-mudahan kita akan dapat penghargaan yang lebih baik diakhirat kelak..AMIN.

p/s : sedih bila diberitahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa tiada langsung peruntukan disediakan untuk sambutan hari jururawat.selama ni aku sangkakan hadiah bunga,pen yang kami terima adalah sumbangan pihak hospital,rupa-rupanya semuanya dari tajaan nursing college atau duit poket pengurusan kejururawatan sendiri.igtkan kat spital aku je.rupa-rupanya seluruh malaysia..

Ahad, 14 April 2013

dunia PeLaJar..

assalamualaikum..

arini baru berkesempatan menaip..busy sungguh rasanya..dulu-dulu masa jadi student diploma,kurang kesedaran.maklumlah masa tu masih lagi remaja..so study tak memberi apa-apa kesan pada aku..masuk telinga kiri,keluar telinga kanan..tak berminat nak tahu kenapa sesuatu perkara tu berlaku dan kenapa boleh berlaku dan bagaimana ia berlaku..

sekarang baru aku paham..mungkin dgn faktor usia buat aku lebih peka dan serius dalam belajar..buat permulaannya aku cuma sambil lewa dalam belajar (nasib aku tak terlambat),tapi bila aku cuba belek cth-cth soalan yg diberikan kawan2 aku..OH MY GOD!!!..I'VE NOTHING! satu soklan pun aku tak paham..

baru aku sedar..aku dah la bidang terjun (dari ortho ke nephro),tapi sambil lewa plak masa study..lainla bebudak lain dari dialisis centre tu..dorg experience dah bertahun-tahun.dah byk basic ilmu yg dorg tahu..tak boleh la aku nak compare kan aku dgn dorg..semestinya aku mesti lebih byk study dari dorg.

sejak dari tu aku mula menyibukkan diri kat library.sebenarnya tido lg byk kot dari membaca..hehe.ntah kenapa suasana library menggamit perasaan aku utk tido..tapi takpela yg penting setiap hari dapat 1 or 2 muka surat n paham apa yg aku baca pun dah kira ok kot..pastu aku cuba buat-buat fokus dalam kelas walaupun mata aku dah jadi mata garfield menahan dari tido.nasib berjaya walaupun dah tersengguk-sengguk kepala aku..(okla dari aku terus tido macam selalu kan)

kat dialisis centre lak aku jadi org yg cergas n aktif sbb aku tau belajar melalui praktikal lebih aku igt dari belajar melalui teori..itu aku la..org lain aku tak tahu..yg pastinya sekarang aku mmg perlu byk belajar..aku mesti catch up semuanya dlm tempoh 6 bulan ni..hopefully aku berjaya la nanti kan..amin.

p/s: tengah senak perut ni..tp rindu nak naip.. ('',)




Ahad, 17 Mac 2013

uikS!! BIAR BETUL...

hai..assalamualaikum.

last topic yg aku tulis sblm ni pasal penghargaan..walaupun aku meluahkan sedikit kekecewaan aku dlm topic tu tapi aku masih lagi waras dalam menilai segala yg berlaku dlm hidup ni..semua yg dtg tu rezeki dari Allah dan aku percaya kenaikan yg diterima yg oleh barisan pertahanan tu pun rezeki dari Allah buat mereka...aku nak amik la kesempatan skit utk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat terutamanya barisan pertahanan, keselamatan dan kesihatan kita yg berjuang dan bersatu hati dalam mempertahankan negara kerana disitulah kekuatan kita sebenarnya..



ok..back to the topic,ari demi hari aku semakin mahir guna segala mesin2 haemodialysis tu..walaupun takla expert n masih byk yg aku kena blaja tapi aku mula rasa seronok..kesibukan ditempat tu jauh berbeza dgn kesibukan di wad aku sebelum ni..pesakit yg dtg dari segala jenis wad yg ada kat spital aku ni n mcm biasalah..opkos la mcm2 ragam..tapi dunt wurry..semuanya bisa diatur..hihi..

dalam beberapa hari ni pengalaman aku yg paling buat aku rasa klakar ialah bila sorg doktor tu nak intubate sorang pesakit aku yg tgh buat HD..patient tu complaint susah nak nafas n bila check oksigen,mmg drop la tapi patient still sedar.walaupun oksigen yg paling tinggi diberi pun tetap tak naik2 oksigen dia tu..bila inform sorang doktor,doktor tu datang dgn kadar segera..lepas check patient tiba-tiba dia suruh prepare nak buat CPR..

kami masing2 tercengang..uik!biar betul..mungkin kami salah dgr then tanya lagi sekali..n dia jawab "YES!.."
aku terpinga2..biar betul doctor ni..patient still alert n respons to call knp nak buat CPR pulak..baik tolak je patient tu ke wad dulu n then treat him accordingly..maklumlah HD ni sempit..nak buat apa2 procedure mmg ssh..

dalam masa yg sama staff HD yg lain prepared gak barang-barang utk intubation..tapi masing-masing still was2..bila hampir siap prepare semua tetiba doktor tu kata..tak jadi intubate patient tu..hantar balik ke wad utk rawatan selanjutnya kat wad..fuh! lega hati kami..rasa bersalah lak nak buat CPR n intubate uncle tu sedangkan dia masih sedar..bila kami call wad tanya pasal patient tu,nasibla dia tak di intubate..mungkin doktor tu panic kot mula-mula..tu pasal bagi arahan pelik-pelik tu..gaknya bila dia dah bincang dgn kwn2 yg lain baru dia perasan yg dia salah bagi arahan.hehe..nasibla kami ni tak lurus bendul..klu tak kesian patient.

erm, itula pentingnya ilmu kejururawatan ni.bkn hanya sekadar mengikut arahan doktor mcm dulu2..jururawat sekarang pun dah ada yg sampai professor ditambah dgn pengalaman yg lama dlm bidang perubatan..jgn tak percaya,utk diploma jururawat je syarat kemasukan minimum 5 kredit.klu utk amik degree kat IPTA (selain UITM, 2.75) pulak CGPA mesti sekurang2nya 3.0 utk yg dah ada diploma, 3.5 ke atas utk yg fresh dari matrikulasi or tingkatan 6..so no wonder la sekarang mereka dah berani argue keputusan doktor kalau mereka rasa tak sepatutnya dilakukan..walau apa pun doktor dan jururawat mmg tak boleh dipisahkan..mereka merupakan team terpenting dlm bidang perubatan.so,they have to work as a team..

sekian,cerita utk hari ni..bye2


Isnin, 11 Mac 2013

biLa TeraSa TidaK di hargaI..

salam..



harini tiba-tiba hati terasa sayu sgt sejak terdengar berita kat TV3 tadi..ATM dgn PDRM dapat pelarasan gred lagi..dah la time based pun cepat..awal thn lepas masa kawan cerita husband dia terjumpa sekeping slip gaji anggota PDRM yg hanya berpangkat koperal sahaja dah mencecah 4 ribu lebih, aku terfikir mungkin dia dah lama keje kot...so aku pun backup la dgn ckp kat kat kwn aku mcm tu..so dia pun diam..

dalam bulan 9 last year masa aku booking for my 2nd house kat melaka, pemaju tu pun ckp tak ramai malay yg invest dlm projek tu..klu yg invest pun kebanyakan keje private n mmg gaji superb..n secara spontan dia cerita yg gaji PDRM sekarang mmg tggi betul.terkejut dia tgk payslip client dia.mmg tak setaraf dgn kelayakan pendidikan. no wonder la ramai berebut2 nak jadi pasukan keselamatan terutamanya polis..aku cuma tersenyum (aku mampu invest pun sbb aku ada bisnes lain.nak harap gaji aku mimpila jawabnya)..

bila cerita kat Lahad Datu mula diperkatakan, aku mula terfikir,rakyat serta kerajaan hanya memandang sebelah pihak je sedangkan kami yg bekerja dihospital juga wajib utk sentiasa bersedia tak kira apa jua keadaan..saat jabatan2 lain dan skolah diarahkan ditutup ketika darurat dan perintah berkurung dikeluarkan tidak kira la samada bencana alam atau sebagainya, semua pasukan keselamatan dan penyelamat spt polis,tentera,bomba,JPAM dan lain2 serta pasukan kesihatan di arah standby 24jam,cuti dibekukan.wajib hadir tanpa sebarang alasan yg tidak munasabah.

adakah kami2 ni tidak penting dalam sesebuah organisasi kerajaan selain pasukan keselamatan dan pendidikan?tak slah kalau nak selaraskan gred,tapi tolonglah berlaku adil.mungkin akan ada yg menyatakan bahawa gred polis pun mengikut kakitangan penjawat yg lain tapi tolongla kaji adakah kenaikan gred mengikut time based penjawat awam yg lain secepat mereka dan golongan pendidik?golongan gred sokongan terpaksa menunggu 15 thn utk kenaikan gred mengikut time based dan yg terkini 13 thn klu tak silap aku (baru PM najib umumkan tadi).



seronok kan setiap kali menyambut hari polis,hari guru,hari ATM, mereka ni acapkali dikhabarkan dgn pelbagai berita gembira setiap thn..kami jururawat?thn lepas sempena hari jururawat, kerajaan cuma umumkan jururawat pakar dapat elaun RM100 setiap bulan..thn2 sblm rasanya tak ada.tak tahulah kot2 aku je yg tak ikut perkembangan semasa..erm,mungkin pada org ramai yg tak tahu akan kata wah syoknya dapat elaun ekstra sempena hari jururawat..tapi mereka tak pernah tahu sebenarnya itu bukanlah perkara baru dlm profesyen kami dan bkn semua jururawat dapat ye..HANYA YG ADA POST BASIK SAHAJA..tak ada yg istimewanya sebab elaun tu dah diberikan sejak lebih 5thn yg lalu..mengapa perlu di war2kan sesuatu yg dah lama diberikan sedangkan tiada apa2 penambahbaikan pun yg dilakukan pada elaun tersebut?

bila keadaan jadi mcm ni,aku perhatikan kebanyakan staff terutamanya jururawat mula keluar utk kerja kat sektor private..mana taknya,mereka terasa lebih dihargai..ditambah dgn pengalaman mereka yg bertahun2,mereka boleh demand gaji mereka..apa2 pun aku bersyukur dgn apa yg diberikan..pasal keadilan tu,pandai2 mereka yg terlibat jawab di akhirat kelak bak kata seorang pakar motivasi tu..masa hidup kat dunia ni semua org berebut nak jadi pemimpin.tapi bila mati ,semua org menyesal menjadi pemimpin.

p/s : sorila kepada sesiapa yg terasa dgn coretan ni..sekadar meluahkan apa yg terbuku kat ati ni..


Sabtu, 9 Mac 2013

haRi peRTama Posting..

assalamualaikum..

memandangkan aku kelas ofis hour minggu ni,so aku dapatla cuti sabtu ahad mcm org opis hour gak..aku rasa penat betul klu keje opis hour ni..bkn penat sbb kerja..tapi penat sebab takde kerja..ikutkan bkn aku tak biasa..mcm aku keje pagi la..balik pun selalu mcm tu gak..dalam pukul 5 lebih..tapi penat bz dgn kerja ni tak sama dgn pnat takde kerja..

lepas semua berkumpul kat kelas, kami dibahagikan pada 2 kumpulan..1 posting kat wad, 1 posting kat hemodialisis. aku lak ditempatkan kat hemodialisis..bila masuk je aku ngan bebudak lain blurr..tak tau nak buat apa kat tempat org..sakit kaki aku ni berdiri sana sini tanpa tujuan..lepas ketua jururawat sana bg orientasi, baru kami start merayau2 tinjau2 tempat tu..biasalah nak mahirkan diri dgn suasana tempat tu cz start next week kami dah akan start bekerja shift..

aku rasa aku ni mcm byk sgt tak tau benda2 basic..tapi aku mmg tak malu nak ngaku yg mmg aku tak tau apa pun benda2 org barang2 yg dorg sebutkan tu sbb aku bukannya dari bidang dialisis or wad renal mcm kwn2 aku yg lain..aku dari orthopedic (wad tulang belulang)..so mmg aku kena kerja keras skitla nak tahu n kenal byk benda kat tempat tu biasa pakai..senior kat yg ngajar aku pun terkejut n tanya aku knp amik renal course sbb beza sgt dgn ortho coz klu kita ada basic dlm bidang yg kita nak amik tu lagi mudah untuk kita study..jawapan aku simple je..sbb tak minat ortho department (wah setelah lebih 5 thn kerja baru aku rasa tak minat ke?huhuhu)..

.......................................................................................................

sebenarnya bkn aku tak minat..tapi bila aku fikir balik sebenarnya aku tak sanggup kerja kat wad ortho tu sampai pencen..once aku dah ada post basic in ortho means aku mmg kena kerja ikut bidang post basic aku..cuba korg bayangkan klu aku ni dah umur 50 thn tapi still kerja kat wad ortho dgn nak tolak2 katil n nak angkat2 org..aku rasa aku tak sanggup dah coz di usia mcm tu tak mustahil aku dah ada mcm2 penyakit..sakit lututla..n yang paling aku risau..nyanyuk..abisla patient aku nnt..aku takut aku terlupa bagi ubat patient ke..terbagi ubat salah patient ke..tertukar patient ke..tak ke haru mcm tu..tambah2 aku cukup tak sokong tindakan kerajaan mencadangkan pencen sampai umur 60thn..bidang klinikal mcm aku ni mmg tak sesuai sama sekali..ofis pun sama..aku rasa diusia mcm tu, kebanyakan dari mereka tak lagi produktif dlm kerja..(bukan semua ye,tapi kebanyakan)..hasilnya, anak2 muda gak yg terpaksa cover kerja mereka nnt..tapi dari segi pendidikan aku rasa masih boleh diterima sbb pengalamn dorg tu dlm mengajar sgt2 kita perlukan agar dapat mendidik bangsa kita lebih baik...tak ada yg tua,maka tak ada la yg muda kan...

...........................................................................................

wah dah mcm ahli politik la aku ni..k aku sambung balik cite aku posting tadi...masa aku posting kat hemodialisis tu aku ikutla sorg senior tu ke wad CCU (Coronary Care Unit) utk pasangkan mesin dialisis.sampai je aku tgk bermacam2 mesin kat patient tu n patient tu unconsious..bila tgk blood pressure dia low, aku dgn senior tu rasa mcm was2 nak sambungkan mesin dialisis tu.maklumlah klu blood presssure terlalu rendah mmg bahaya klu nak buat dialisis melainkan mmg base line dia mmg jenis rendah..lepas confirm dgn staff nurse incharge,staff nurse tu kata mmg base line blood pressure dia rendah..tapi aku dgn senior tu still rasa was2 lagi sbb aku dgn dia berpendapat tak sesuai nak start dialisis dgn blood pressure mcm tu..

utk kepastian, senior aku tu pun call doctor sama ada nak proceed ke tak..lepas call doctor suruh proceed.dengan berat hati senior aku tu pun pergi dekat patient utk prepare mesin dialisis. sambil tu kami borak2 sbb still rasa berat hati nak buat dialisis kat patient tu..sambil kami prepare set utk dressing catheter utk hemodialisis, tetiba aku tgk  staff nurse yg incharge dgn 2 3 org lagi staff yg lain berlari masuk ke bilik dengan menolak mesin troli kecemasan.

staff yg incharge melompat atas katil pesakit n terus tekan dada pesakit tu (CPR) di lakukan dgn cepat.sementara yg lain call doctor n prepare mcm2 ubat utk emergency..defib (yg mcm kejutan letrik tu) dilakukan pada pesakit tu..kami yg duk dlm bilik tu cepat2 tolak mesin dialisis yg besar tu keluar bagi laluan kat staff incharge utk manage patient tu..belum sempat doktor dtg aku tgk semua pun dah keluar dari bilik tu dgn muka lega n penat.nasib baik mereka cepat bertindak.klu tak comfirm patient tu dah meninggal..dan nasib baik sgt2 hemodialisis tu tak dimulakan lagi.klu tak mmg tak mustahil keadaan pesakit lagi teruk..

ni la mesin yg aku tolak semalam.pjg lagi ke bawah.tapi aku jumpa gambar separuh je.



bila tgk keadaan pesakit mcm tu, kami pun buat keputusan utk tak teruskan dengan hemodialisis pesakit tu.aku pun tolak balik mesin besar tu ke wad hemodialisis n terus balik ke rumah.maklumlah masa tu dah dekat 5.30 ptg..

p/s : syoknya kerja dekat kritical area ni..tak jaga ramai patient n semestinya sgt2 mencabar sbb mental dan emosi kita kena sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yg pesakit akan hadapi.

Rabu, 6 Mac 2013

errKK..sape SEBENARnya yg Salah??

mesti korg duk tanya2 kan knp lak title entry aku tu mcm tu..

arini aku terlambat gi kelas..jem giler2 weh..aku kuar umah dari kul 6.05 pagi sampai kat kelas pukul 9 pagi..kelas start pukul 8 pagi.cuba korg bayangkan betapa jem nya kat KL arini..naik kematu bontot aku ni duk lama2 dlm kete..selalunya tak sampai 35 minit pun dah sampai..ni dekat 3jam..aku rasa klu aku balik kampung pun dah sampai...rasa nak buka tingkap n jerit je kuat2  "BERI LALUANNNN"..hehehe..poyo je..mcm aku sorg je yg nak lalu jalan 2 kan..

bila sampai je kat kelas(arini klas campur senior dgn junior)..aku tgk batch aku semua sibuk menyibukkan diri dgn borak2 kosong sementara para senior ni duk sibuk godek2 komputer utk case presentation dorg..



.....(,") (",)......


tetiba pengajar aku perkenalkan sorg examiner yg aku rasa sgt2 familiar pd aku..dlm hati aku terlintas,
wallaweh..dia ni ke jd examiner..abisla..ntah apa la yg dia komen nnt..

bila start je presentation sorg demi sorg, aku bole terima bila dia tegur pasal desease or anatomy or pathophysiology kurang jelas or apa..tapi aku cukup heran bila dia kata semua senior yg present case tu buat  pelan nursing care tu salah..yg pengajar aku sorg tu kata jgn tulis byk2 kat slide..elaboration kita tu yg penting..yg dia lak ckp..tulis semua semua..baru org faham..serba serbi yg senior2 aku buat ni salah la..adoi..aku terbayang klu mcm gini la aku pun tak tau la apa yg dia nak sbnrnya dlm presentation tu..abis markah kat situ je..nasib 10% je dari keseluruhan yg diambilkira.

errkk, lagi satu yg aku pelik,peserta dlm kursus ni sebenarnya bkn dtg dari satu spital je..tapi bermacam2 tempat terutamanya dialisis centre..ada lebih dari 10 tempat n mereka ni asalnya datang dari pelbagai kolej n universiti masa study dulu..n cara ayat dorg buat utk pelan jagarawatan semuanya sama..means dorg dulu study benda yg sama n pengajar2 dorg ajar perkara yg sama...mcm mana plak dia leh kata semua salah n tak tahu buat ayat??aiyyo..pelik aku.

ish!ntah2 dia yg salah kot sbb klu ikut nisbah mmg kompom senior aku yg menang n betul.. 1:11 (pengajar : pengajar dari kolej lain)

p/s: examiner tu lecturer aku ms student diploma dulu..mmg terkenal dgn kepelikkan dia bila bg lecture n sikap suka menunjuk2 dia..walaupun dia perangai mcm tu n aku pnah ada krisis dgn dia buat aku benci dia sgt2,tapi aku tau disebalik sikap dia tu sbnrnya dia sorg yg sgt2 baik..dia tak pernah failed kan student2 dia..kuat2 pun dia akan bg markah rendah je..THANKS PUAN..



Selasa, 5 Mac 2013

syukur..rEzeki..

salam..

erm,keje mlm kelmarin agak sibuk..mana taknya, jejak je kaki kat wad pukul 9 mlm, aku dgn kwn aku dikejutkan oleh beberapa siri episod menyayat hati...dengan menerima kemasukan pesakit dari ICU dah cukup membuatkan aku dgn kawan aku sibuk..di tambah lagi dgn ada pesakit lain yg secara tiba2 susah nak nafas dgn sakit dada..bertempiaran kami berlari untuk dapatkan troli kecemasan yg ada kat wad tu..4 jam kami berhempas pulas utk bantu pesakit tu..(eh!pesal ayat aku tetiba jd skema ni?)..erm,lepas dah buat mcm2 prosedur kat patient tu barula dia stabil..

tak sampai setengah jam kemudian, bunyi bell kat wad..ada pesakit panggil..atendan terus gi tgk pesakit tu..tiba2 dgr suara atendan tu menjerit dgn nada terkejut n takut.

atendan : Jueeeeeeee, Shaaaa cepat dtg sini..

kami apa lagi berlari la..bergegar2 lantai dgn bunyi tapak kasut kami..bila sampai...

SN jue : Eh! knp ni?
aku : Astaghfirullahalazim..auntie mcm mana bole jadi mcm ni?

Bau hanyir darah menusuk hidung aku...untie tu rupa2nya muntah berdarah..banyak betul..berketul2 darah keluar..habis baju dgn cadar kena darah..dah mcm kena santau pun ada aku tgk..siap dia hulur sebekas muntah darah dia..dah lama aku tak tgk kes2 mcm ni..(last dulu aku igt sorg patient dari somalia je..bila buat CPR,semua darah keluar ikut hidung ngan mulut n bontot dia).

senior aku dah geleng kepala,penat handle patient sesak nafas tadi pun tak ilang lagi dah tambah kes baru...kami pun beramai2 tolong tukar baju auntie tu..pening nak pitam semua ada bila tgk darah yg terlampau byk..

aku : kak,pampers dia dah penuh kencing ni..kita tukar sekali la..
SN jue : a'ah

bila buka je pampers..terkejut besa kami..igtkan untie tu berak..rupa2nya darah beku berketul2 keluar penuh 1 pampers.MasyaAllah...suasana td yg baru nak lengang jadi sibuk balik...last2 pukul 6.30 pg baru setel semua n patient pun dah stabil..lenguh betul kaki ni tak berhenti-henti berjalan dari pukul 9mlm sampai 6.30 pg..tak sangka..igtkan akan sibuk sbb patient dari ICU.rupa2nya yg lain..huhu.

mlm kedua keje pun sibuk..tapi mayb sibuk sbb aku yg jd TL.mcm2 nak kena buat utk pg isnin tu..
abis mlm je mmg aku tdo kaw2.pnat sgt..tgh syok2 tido,

kring...kring...kring..adoi sape lak kacau aku ni?aku jawab kol..wah!dah 3-4 kali miskol..rupa2nya ketua aku.apehal plak ni?

KJ : sha,awak tahu tak awak kena lapor diri utk pos basik renal harini?awak dapat surat tak?
aku : eh!sy mana ada dapat surat KJ..
KJ : eh! awak dapat tau gi pos basik tu...
aku : betul ke?(nada konpius,mamai2 bgn tido)
KJ : iye..awak patutnya kena lapor diri hari ni..puan yg bgtau td.
aku : yeke..igt saya tak dapat dah..kan dah mula kelas pos basik tu..dah la anta borg ms tarikh tutup..lgpun kak emy kan baru bersalin kelmarin dulu..lepas ke sy pergi ni?
KJ : nk buat camna,dah rezeki awak.esok,awak lapor diri.saya dah ckp dgn puan..awak kelepasan mlm arini.tp cuti2 awak yg tak pakai lagi tu burn la ye..
aku : yelah..terima kasih KJ.

arini aku gi lapor diri je kecoh..rupa2nya aku je yg takde smlm masa diaorg lapor diri..tak pasal2 aku jd pemes skejap nama aku naik sbb tak lapor diri..n tambahan lak aku sorg je yg terkeluar skit dari bidang aku keje..budak2 yg lain kebanyakan dari private dialysis centre, intensive care unit n dari wad nephro sendiri..aku je yg sesat..keje kat wad tulang, tapi amik specialist in renal..tp ok la..ortho still related to renal coz of diabetic cases.apa2 pun..aku syukur sgt sbb aku dapat post basic ni dgn sekali hantar borg je..kebanyakan senior aku isi borg berkali2 pun still tak dapat..ada tu yg sampai putus asa dah nak apply..ada lak kali ke 3-4 mohon baru dapat..Alhamdulillah..

p/s : wah..nampaknya bergelar student la pulak aku..bole ke kepala aku ni nak dikerah lagi ayoyo..huhu ('',)


Jumaat, 1 Mac 2013

korAng bAYAngkan la sENdiri..



Meh kita sama2 bygkan ek...


giler ah..byk betul gula..



kompom ramai tak sanggup minum kalau disuruh bancuh air guna gula byk tu kan.. :D








WayanG 6D..

assalamualaikum..

2 3 ari ni korg mesti pelik kan knp aku jarang menaip..ada beberapa sbb sbnrnya..

1) aku sgt2 sibuk dengan kerja aku n bila sibuk semestinya aku penat tahap nak nangis..so,sblm aku nangis better aku tido cepat2 agar aku tak mengalami kerugian air mata..makanya aku igt nak je update kemudian,tapi sibuk hal lainla plak, pastu tak sempatla jawabnya..

2) aku sedang bercuti..yeahaaa..dah lama tau aku mintak cuti ni..dari zaman tok kaduk dulu..hahaha..mcmla lama sgtttt..erm,sbnrnya since bulan 10 last year.kat tempat aku ni klu nak mintak cuti mmg kna berbulan2 awalnya..cthnya mcm cuti raya thn ni..buku request tu dah penuh sampai ujung thn..ada tu yg request dari ujung thn lepas untuk ujung thn ni..(cuba korang bayangkan betapa awalnya kami request.hehehe). so sesape yg nak ajak aku g kenduri kawin tu kna la bgtau aku awal2..klu tak.mintak maapla ye..ambe dop ahu nok kabo gane ekpung..dokleh gie la bekwoh iye...hahaha..bahasa ganu kuar pulok..

jadinya takde la cerita aku kali ni pasal wad aku.tapi aku nak cite hal life aku kat luar la pulak..

....................................................................................................

arini balik je dari kampung, aku nyinggahla kat giant..tgh duk syok2 jenjalan..tetiba ada sorg alim2 berbaju melayu kuning lembut laju je tuju kat aku dgn laki aku mintak duit rm2..aku tgk muka pakcik tu dgn muka pelik sbb aku tgk tak mcm pengemis pun..laki aku pulak duk raba poket nak bg duit..lepas bagi je duit laju je org tua tu jalan..aku perhatikan je.takde plak dia minta duit kat org lain..baru aku perasan rupa2nya ada kunci motor kat tgn dia..mungkin dia nak isi minyak motor n dompet dia kena curi..rasa nyesal lak bagi dia rm2..patut bagi je rm5 or rm10..aku pun cepat2 dgn laki aku ikut dia nak bg duit tu sbb aku nampak dia keluar dari pintu pasaraya tu..sedang2 aku ngan laki aku ikut,tetiba tgk dia dah ilang..rasa pelik,tp aku abaikan jelah.

jalan2 lagi kat luar parking pasaraya tu aku nmpakla satu panggung wayang bergerak 6D kat pintu masuk pasaraya tu.aku ajakla laki aku try masuk..harga rm15 je sorg utk dewasa..mula2 masuk igtkan ramai,sekali aku berdua je yg ada rupa2nya..hehehe.mungkin sbb lokasinya kat pintu masuk belakang pasaraya n ramai yg tak perasan kot..dah masuk tu pekerja dia suruh aku pakai seat belt tu ketat2 n bagi spek mata warna oren ala2 kanak-kanak rebina..huhu..nak tgk cite main roller coaster tapi ntah cite pengembaraan apa ntah budak tu pasang..

tetiba aku dgr budak tu kata pgg kuat2 kat pemegang tu..sebaik je aku kata ok..tetiba zzzzzzzuup..Aaaaaaaaa aku dgn laki aku dah menjerit2.real betul..takut giler aku..(sblm ni aku penah tgk wayang 3D je) nasib baik tak jatuh dari kerusi.patutla org tu suruh pgg pemegang kuat2 dgn pakai seat belt tu ketat2..rupa2nya kerusi pun goyang2 rasa tonggang terbalik..lum lagi tambah ada rasa air merecit2 kat muka aku dgn kaki ada benda gigit2 mcm dlm movie yg aku tgk tu..takut akuuuu..laki aku siap kata.." Yang kalau takut tutup mata.."
aku kata klu tutup mata rugila bayar...baik aku jerit kuat2..erm,malu aku budak pekerja tu tgk aku jerit2..lantakla.dah mmg aku rasa takut..lebih baik aku jerit dari aku nangis..kang banjir lak dlm tu..haha.

dah selesai je (aku pun tak pasan bape minit dia pasang movie tu) aku dgn laki aku kuar tapi kepala rasa melayang2..dada rasa berdegup laju je.laki aku ckp dia byk tutup mata dari buka mata..rasa nak tercabut jantung dia bila tgk cite tu..ceh!aku igt aku dah cukup takut..rupa2nya laki aku lagi teruk..hahaha.kontrol macho je lebih.maklumlah pekerja tempat tu semuanya popuan..

..............................................................

abis dah cerita.aku nak tdo.nite..





Selasa, 19 Februari 2013

dEGREE or PoST BASIC?


hai..salam.Aku ni sebenarnya still dalam dilemma..nak amik degree ke..nak amik post basic ni..
kat wad aku sekarang ada 2 offer utk saper2 yg nak mohon sambung study..

1) degree in nursing
2) post basic in renal

bila aku fikir2 bunyi degree tu mcm menarik sbb yelah kan dapat up kan skit profesion aku ni..dah la majoriti wad aku tu dorg dah ada degree cuma gaji je diploma..tapi bila dikenang2, kat wad aku mungkin la mudah utk aku mohon sbb dah ramai yg ada degree.tapi masalahnya senior-senior aku kat wad lain tu aku rasa ada lagi yg tak amik degree..so saingan utk aku dapat futher study maybe ssh skit la..maklumlah sekarang kan dorg mmg nak jururawat2 senior ni mesti ada degree sblm junior2 ni dulu..so dorg nak akan datang bila ada jawatan kenaikan pangkat mengikut gred n tahap pendidikan ,biarlah senior yg layak dapat dulu memandangkan dorg lebih berpengalaman dan ada degree.

fikir punya fikir, yes! aku dah dapat keputusan..aku nak mintak post basic in renal..post basic renal ni antara pos basic yg 'terlaris' kat pasaran selepas kebidanan..tapi aku tak tau la nape ramai yg tak minat..majoriti kata susah..no 2 susah lepas bidan. aku tak tau nak kata apa sbb aku mmg takde ditempat kejadian masa dorg study dulu..hihihi.

borang dah submit..tggu keputusan je..tapi hati aku kuat kata yg aku takkan dapat pergi..aku submit form pun sekadar mencuba nasib..rasa mcm tak lepas je..mana taknya, kat wad aku sekarang mmg kekurangan staff (nurse) yg serius.klu tak silap aku permenant staff dah tggal 14 org dari yg asalnya 20 org. ada yg bersalin,yg resigned,yg kena transfer,yg pegi post basic,yg gi degree..erm,mcm mana nak lepas satu hari pun paling kurg kena ada 11 org staff yg kena keje..ikutkan kena ada 15 org 1 hari (shif pagi,ptg dan malam)..

klu aku dapatla post basic kali ni..ini memang rezeki la..aku takla berharap sgt pun dapat pergi..kesian gak kwn2 yg tggal asik keje je tak cuti2..klu ada pun kelepasan malam dgn offday dorg je..tapi demi ilmu, ramai kawan2 sanggup berkorban untuk memberi laluan..A big thanks to all of u...

p/s : teringat kata kawan-kawan masa tu.."ko mohon je,klu fikir pasal masalah wad..tak study la ko sampai bila2..ada rezeki ko,ada la..klu takde sudah..mohon lagi lain kali"

Khamis, 14 Februari 2013

ermm..





tak tau nak letak tajuk apa..arini offday aku lepas keje malam..igt leh la bgn lambat2 skit..
sekali baru teringat kunci kedai ada dgn aku..lupa nak bg laki aku smlm suruh bg kat budak2 keje tu..tak pasal2 la pagi2 buta arini aku kena kuar utk hantar kunci kat budak2 ni..ish!potong cetim betul la..

nak g jenjalan awal2 pagi ni mcm tak sesuai plak..en somi baru je abis keje mlm pg ni..erm,petang ni nak ajak en somi gi jenjalan la.. nak tuntut janji2 manis dia skali..(nak ajak aku mkn pizza peberet aku la..mmuaaahahahaa)

papepun..aku kna bagi laki aku tido cukup2 dulu tanpa sebarang gangguan..ptg nnt baru semangat skit dia nak bawa aku jenjalan.. 

^___^






Rabu, 13 Februari 2013

NasiB diA ni Cute...

assalamualaikum..dah berhari2 tak naip ni..tgn dah gatal nak naip..tp cik abg ni tak pegi2 byr bil ternet..sibuk kekdahnya..tambahan plak cuti raya cina ni kedai tmpat byr bil ni ttp..apa la..cina punya raya,kedai melayu lak yg beria cuti lama2..dah mcm org keje opis lak dorg ni nak cuti lama2.

dlm tempoh beberapa hari ni byk benda yg jadi kat tempat keje aku ni..salah satunya,kisah popo (nenek) yg comel ni..dia masuk kat wad aku sbb patah kaki,jatuh kat bilik air..orgnya kecik molek, umur muda lagi dalam hujung 80an gitu..(mesti korg kata muda apa 80an,dah bangka tu..hehe) tapi pada aku yg umur mcm tu mmg aku kata muda..sbb perangai dia kompom mcm budak2 dan mcm2 hal...tapi yg aku respek popo ni,pandai ckp melayu walaupun tak fasih..(korg jgn tak tau,ramai pesakit cina tak reti ckp melayu walaupun dah berpuluh tahun duk kat malaysia ni..)

aku keje malam 2 hari lepas..tgh kusyuk2 tulis report dalam pukul 3 pagi..tiba2 klepangggg!!!! (bunyi benda jatuh)..apa lagi aku dgn kawan aku, bergegas la ke arah bunyi tu..masa tu rasa nak lompat je kaunter tu nak cepat sampai di tempat kejadian...

bila sampai..korang rasa apa yg aku nampak?jeng..jeng..jeng..saspen kan...

.......................................................................

aku tak nampak apa sbnrnya..juz nampak popo tu tgh pandang kami sambil tersengih dgn tangan dia hulurkan cotton putih kat kami..

katil dia dah mcm rumah flat dah aku tgk..penuh dgn tuala yg bersidai termasuklah pampers yg penuh dgn air kencing..dia sidai cantik dan baik punya..atas katil lak penuh dgn isi perut pampers yg dia korek2 keluar...cotton-cotton tu bersepah dkt atas katil dgn lantai..mcm tmpat kucing beranak dah..atas lantai lak tgk cawan dia yg jatuh tadi..bila tgk keadaan mcm tu..nak marah ada,nak ketawa pun ada..aku pun cekak pinggang kunun2 nak marah lah..

aku : Ooo..ini kerja popo ye..siang anak mari baik je kan..bila malam dia lah heroinnya..popo apa bikin?
popo : talak bikin apa..(sambil tersengih dgn muka tak bersalah..tgn still korek2 pampers)
aku : kotorla popo..

papp!! kan dah kena tampar tangan dia dgn aku...dah la main korek2 pampers..pastu sibuk lak nak pegang roti nak makan..

popo : hahaha..misi talak sakit..

Eh! ketawa lak dia aku pukul tgn dia..mungkin sbb aku pukul tak kuat kot..mcm pukul budak2 nakal tu..sbb tu dia igt aku gurau dgn dia..tapi bila aku tgk muka dia yg comel tu buat aku tersenyum..hilang rasa nak marah..kawan aku yg kat sebelah dah ketawa mengekek bila dgr popo tu ketawa masa aku pukul tadi..dia pun dah geleng kepala..

bila tgk popo tu dah dalam keadaan mcm tu..aku dgn kawan apa lagi..buat la ekspedisi mandikan dia time tu gak..dekat sejam aku duk nyental tangan dia tu..ntah2 penah main najis kot sebelum ni..hitam semacam je kuku dgn jari dia..dah la tgn tu gak dia nak buat makan dgn pegang2 tangan dgn baju misi kdg2..dia bkn tau apa..aku mandikan pun dia ketawa je manjang...

aku : popo,u manyak cute la..(sambil cubit pipi dia n sikat rambut)
popo :talak la misi..u amoi lagi cantik (sambil ketawa)
aku : errr... (eh2! aku kata kat dia..dia kata kat aku balik)


lepas siap mandikan dia,baru aku rasa lega..cpt2 suruh dia tido (dia angguk2 je..tapi mata terkebil2 pandang aku)..dalam kepala aku terlintas..cute gak popo ni bila aku tgk lama2..dah dekat pukul 6 pagi baru dia tido..popo..popo..depan anak baik je ye..

.............................................................................

aku sebenarnya bkn nak marah sgt pasal dia buat sepah dgn sidai pampers tu..biasalah org tua..nyanyuk lak tu..aku pnah jupe lagi teruk dari popo tu..kdg2 ada pesakit2 yg macam ni dapat gak buat hati aku terhibur dgn gelagat dia walaupun kadang2 rasa nak marah..tp bila dorg takde,aku rasa sunyi lak..aku bukan apa,bila bunyi pelik2 kat wad ni aku cuma risau patient aku jatuh je..sbb tu la tiap kali bunyi pelik kami akan berlari secepat yg boleh...rasa nak terbang pun ada bagi cepat sampai..huhu..berderau darah kalau tgk pesakit yg jatuh..rasa nak pitam je sbb terkejut walaupun yg jatuh tu bukan pesakit bawah jagaan aku..klu aku rasa mcm tu,apatah lagi nurse yg incharge kan..lagi la stress..tambah2 klu dia dah amik semua langkah pencegahan pesakit jatuh tapi patient still jatuh..

kadang2 org tak tau apa yg nurse ni kena bila pesakit bawah jagaan dorg jatuh walaupun pesakit tu sendiri yg degil tak dgr cakap atau pesakit tu sendiri ngaku salah dorg..tggu la next posting aku cite apa yg misi2 ni kena buat kalau pesakit bawah jagaan dorg jatuh...

bye

Selasa, 5 Februari 2013

macam-macam hal!!

Tajuk entry aku mcm org marah je kan...erm,sebenarnya aku ni nak kata tgh marah sgt, tak jugak tapi lebih kurangla..

citenya mcm ni..smlm aku keje shif ptg..tp oleh kerana ada sorg SENIOR aku yg mmg bermasalah sejak azali lg yg suke ngat  emergency leave (EL) ( betul ke aku eja ni?mcm pelik je..ah!lantakla) dan dia berkerja shif mlm, maka sorg JUNIOR aku lak yg dah dtg kerja sejak kul 2 lagi diarahkan oleh ketua aku untuk balik umah pada pukul 5 ptg dan ganti dia shif mlm..

aku tgk muka junior tu dah berubah..yela..kul 5 baru nak bgtau suh balik utk masuk keje kul 9 mlm..ikutkan kul 9 abis shif ptg dah..melampau kan..tinggal bape jam je lagi..(mentang2la budak tu junior,suka ati je nak suh dia buat cam tu..)dah la ari smlm sibuk giler..kerana dia sorg yg EL, tak pasal-pasal 4 org staff yg lain roster kena ubah..bengang tul aku..aku lak kena turun keje pagi arini..penat mlm semalam pun tak ilang lagi..elok2 asalnya aku boleh g keje together2 dgn laki aku rini..dah kena gi asing2.. -END-

pagi ni punya citer lak..sorg lagi SENIOR aku (yg ni best frenz la dgn yg EL kt atas tu),kami masuk keje pukul 7am..tggu punya tggu sebab kawan aku nak pass over report tak sampai2..tgk jam dah kul 7.30am..so member aku tu blah jelah..takkan nak tggu dia kot..dah la org keje mlm bz n pnat + mengantuk lagi..kami pun buat la bed making n sponging (mandikan n kemas cadar patient)...sakit belakang aku..ramai giler tu patient yg kuak lentang..tp dah keje kan kena la buat..tapi mcm biasa la drama kat wad di pagi hari..

ni cth pesakit kuak lentang..lebih kurg camni la kt wad aku


aku : aunty, kita mandi dgn lap badan ye..
patient : aiiiya..saya tak mau la misi..kasi tukar baju sudah la..sy suda mani semalam
aku : eh aunty! semalam dgn ini hari tak sama la..semalam lain punya cerita..ini hari lain..tak mandi nnt manyak musuk..tak bagus..
patient : saya tak mau misi aaaaaaaa (jerit mcm org cubit je,riuh satu wad dgn sore dia)

dekat 10 minit duk putar belit cite,last kami jirus je dgn air (menjerit2 dia minta tolong)..byk lagi pesakit lain yg aku nak mandikan..korg mesti kata aku ni ganas kan..tapi aku peduli apa..janji pesakit aku sedap mata aku pandang ngan tak bau busuk..nampak bersih je..lum lagi aku buka saloon kat wad tu klu pesakit aku byk giler kutu..yuck! (klu kat sarung tgn dgn bantal tu leh nampak itam dgn kutu yg merayap)..siap aku gunting lagi rambut pesakit tu secantik yg boleh..

tetiba aku rasa mcm byk sgt dah buat bed making ni..tgk jam dah dekat kul 8am,eh!SENIOR aku ni dtg keje ke tak umah dia bkn jauh sgt pun..tak sampai 10 minit pun dari tempat keje..tak inform apa2 pun.semua org kol dia tapi tak berjawab..tetiba pukul 8.05am,hp aku bunyi..no SENIOR aku yg kuar kat skrin tu..

senior : sha sori emergency-emergency..tayar kete pancit ni tgh jalan..
aku : pancit?jap (aku trus pass hp kat TL)
TL : pancit kat mana?(muka konpius)
senior : kat tgh jalan..ni pun pinjam hp org
TL : so,dtg keje ke tak ni?
senior : dtg..
TL : ok..

lepas letak tepon,kami pun borak dgn staff yg lain..takde alasan lain ke dia nak bagi?SANGAT-SANGAT TAK LOGIK..nak tau knp?

.................................................................................................

1) kata pinjam hp org..tapi mcm mana lak no hp dia yg naik kat skrin hp aku..

2) masuk keje pukul 7 pagi..inform tayar pancit pukul 8.05pg..so kuar umah kul bape?umah dia dekat je..tak sampai 10 minit pun..naik motor 5 minit pun tak sampai.sepatutnya kejadian tu perlu berlaku sebelum pukul 7pg.

3) klu tayar pancit tgh jalan,knp tak angkat fon yg dah berpuluh kali kami kol dari pukul 7.30pg?klu alasan dia tertinggal hp kat umah,public fon kan byk area umah dia tu..sepanjang jln ke spital mmg ada byk public pon .nak kol wad, bukan dia tak tau no wad.

4) klu dia kata laki dah dtg amik kete,dtg jela dulu naik teksi..berlambak teksi kat kwsn umah dia tu (aku tau la cz aku pun pnah duk sana gak dulu).bkn mahal sgt pun..tak smpai rm4 pun tambang..takkan tak bawa duit g keje?

5) dtg keje pukul 8.40am, muka relaks dgn cool je..baju pun kemas je..tak nmpak mcm org popuan yg di menggelabah sbb dtg lambat n peluh2 panic tayar pancit tgh jalan..

..............................................................

stress aku, nama staff ramai..tp byk yg curi tulang time bed making..mentang2la buat bed making ni penat sbb nak angkat2 org..ramai nak main ngelat je.(bkn semua,sorg dua je)

kesimpulannya..mmg sebenarnya dia dah terbangun lambat..semalam pun sama.pukul 7.30pg baru sampai wad..bkn smlm je..sbelum2 ni pun..

* mcm-mcm hal la...

-END-